‘BUAI’ Afee U-Topia lebih layak!

Spread the love

Bukan bermotifkan iri hati terhadap penghargaan yang diperoleh Naim Danial melalui lagu ‘Sembah’ daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka baru-baru ini. Malah bagi kami lagu Sembah memang sedap didengar dan susunan muzik, penggarapan klip video juga bagus.

Tapi mungkin ramai yang tidak perasan bahawa lagu ‘Buai’ lebih sesuai untuk dimartabatkan. Lagu ini diterbitkan oleh Nanorecords Malaysia pada tahun 2018 atau secara tepatnya pada 13 September 2018.

Lagu ini lebih awal menggunakan tulisan jawi 100% dalam liriknya malah lebih kuat kerana liriknya bukanlah berkisahkan lelaki dan perempuan bercinta seperti klićhe lagu-lagu di pasaran. Liriknya sebenarnya lebih bersifat sayangkan bangsa dan menyelamatkan anak-anak daripada dibuang, kerana masalah pembuangan bayi bukan sahaja harus dibebankan kepada pihak berkuasa sahaja.

Satu penghargaan buat Afee U-Topia kerana sanggup mengeluarkan belanja sendiri merakam lagu ini, kemudiannya dibantu oleh Nanorecords Malaysia atas dasar kesedaran terhadap pentingnya mesej menyelamatkan bayi-bayi ini dari dibuang semata-mata kerana pelbagai alasan pribadi.

Apa pun dosa ibu ayahnya, tapi jangan sesekali dihukum bayi-bayi itu, apatahlagi kalau kononnya sekadar ‘maruah’ ibu bapanya atau atok neneknya!.

Lebih menyedihkan apabila masalah pembuangan bayi majoritinya melibatkan remaja-remaja muslim yang kebanyakannya alasannya adalah ‘terlanjur’.

Semoga lagu ini dapat menyedarkan masyarakat seterusnya bergerak bersama ke arah kempen supaya tahap kesedaran masyarakat terhadap Pemilihan ‘Penting dan Lebih Penting’ dapat diterapkan secara kukuh di dalam jiwa setiap keluarga.

Kami menyeru pihak Berwajib untuk mengangkat lagu ini menjadi lagu yang bakal menjadi ‘Tema’ ke arah kesedaran masyarakat terhadap kes-kes pembuangan bayi yang sentiasa wujud di sekitar kita, malah lagu ini juga mengangkat martabat tulisan Jawi agak sentiasa dikuasai oleh masyarakat terutama Melayu Muslim sebagai satu warisan abadi bangsa bertuah ini.

Mari kita hayati bait bait lagu BUAI ini.

Show Buttons
Hide Buttons