BEKAS PEMILIK AGENSI TAKAFUL BEBAS DARI TUDUHAN AMLA”

Spread the love

Kuala Lumpur-22 Mac 2023 – Sidang Media ini diadakan berikutan daripada suatu Perintah Pelepasan dan Pembebasan yang di berikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur kepada anakguam kami, Puan Zuriati binti Mohamed Yusoff pada 10.3.2023 selepas pertama kali di bawah ke Mahkamah untuk berhadapan dengan 1 Pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan 25 Pertuduhan di bawah AMLA yang mana keseluruhannya telah dibicarakan bersama selepas pertuduhan dibacakan kepada Anakguam kami pada 9.10.2020.

Puan Zuriati mengucapkan kesyukuran tak terhingga bersama peguamnya Datuk Wan Azmir.

Anakguam telah didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram yang didalam akaun bank milik syarikat Millionaire Synergy Sdn Bhd rententan daripada satu laporan polis di buat yang mana dikatakan Anakguam kami telah memperdaya seorang VVIP bagi mendapatkan satu cek bernilai RM1,849,719.75 dengan memalsukan resit pembelian enam (6) polisi insurans yang mana adalah tidak wujud.

Puan Zuriati bersama peguamnya Datuk Wan Azmir.

Perbicaraan yang telah berlangsung selama sembilan (9) hari secara keseluruhannya merangkumi keterangan-keterangan yang diberikan oleh dua puluh empat (24) orang saksi pendakwaan sebelum Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan Anakguam kami untuk membela diri dan enam orang (6) saksi telah dikemukakan oleh Anakguam kami di peringkat pembelaan termasuk seorang saksi pakar.

Datuk Wan Azmir ketika memberikan penjelasan terperinci

Setelah hampir dua minggu selepas Penghakiman dikeluarkan, Anakguam kami bersyukur dengan perintah pelepasan dan pembebasan ke atas kesemua Pertuduhan yang dibuat ke atas Anakguam kami dan akhirnya Anakguam kami dapat keluar daripada bayangan Pertuduhan AMLA.

Pejuangan beliau secara keseluruhan membuktikan setiap agen Unit Amanah dan Takaful di Malaysia mempunyai hak untuk berjuang atas segala tuduhan pelanggan mereka di mahkamah.

Kenyataan oleh Peguam Puan Zuriati iaitu Datuk Wan Azmir Wan Majid (Hafarizam Wan & Aisha Mubarak- Peguambela & Peguamcara,Pensuruhjaya Sumpah). – eWana News

Ketika sesi sidang media baru-baru ini.
Show Buttons
Hide Buttons