BARBARIK KLIMAKS ROCK 2022

Spread the love

Sepertinya itulah kata-kata yang terlintas difikiran penulis tatkala membayangkan konklusi yang paling tepat untuk dilakarkan. Walaupun sehari selepas konsert Barbarik ini di adakan, penulis sempat hadir ke satu lagi konsert yang dipersembahkan oleh artis seberang sempena beberapa dekad mereka wujud di persada muzik.

Joe Branko – Teraju utama dalam Barbarik – Pentas Keras : Credit Foto: Maestro Ridwan

Namun terus terang penulis akui, setelah menonton Barbarik – Pentas Keras, penulis beranggapan menonton konsert artis seberang itu hanya biasa-biasa sahaja, tidak ada banyak gimik, tiada banyak faktor wow dan tiada keistimewaan yang boleh menjadikan kami tidak boleh ‘move on’ sepertimana penangan Barbarik yang satu ini.

Muss tidak pernah mengecewakan peminat dengan mutu suaranya. Credit Foto: Maestro Ridwan

Bermula dengan lima lagu awal tanpa henti dengan arrangement yang diperberatkan dan permainan yang lincah termasuk dari pemain-pemain ‘sessionist’ seperti kelincahan dan energi pemain drumnya Ainol yang tak kenal penat, kelajuan jari jemari si Rozaimi dan gayanya yang sentiasa dinamik serta Adi Yamin yang bermain keyboard/piano yang sentiasa ‘headbanging’ – mereka ini berjaya membentuk sekumpulan anak muda yang bergelar BARBARIK! walaupun hanya sebagai ‘Projek’!

Dari lima lagu awal itulah gambaran keseluruhan konsert itu dapat dirasai oleh penonton, tentang jiwanya, tentang konsepnya, tentang kesungguhannya, tentang semangatnya… tentang segalanya!

Ya! seperti mana kata-kata Joe Branko sewaktu di-interview sebelum konsert “Kalau boleh saya maukan konsert ini menjadi ‘Concert of the year‘ untuk tahun ini dan meninggalkan memori yang paling dalam dibenak penonton yang hadir’ – ‘well… its almost tercapai beb!’

Inilah dia Joe Branko! Credit Foto: Maestro Ridwan

Saya pernah hadir ke konsert Search Roof Top bulan March lepas dan konsert itu membuatkan kami sebagai penonton susah sangat nak ‘Move On’. Selain konsert itu maka inilah konsert yang sangat membekas di hati kami dan membuatkan kami terfikir ‘berapa bulan pulakah kami akan boleh move on’?

Mengapa kami simpulkan konsert ini sebagai konsert yang special? Jawapannya terlalu banyak, antaranya ialah kehebatan Joe Branko sebagai pemain gitar yang karismatik dan menjadi aset negara kerana kelincahan dan skill beliau yang tinggi dan special, seorang yang penuh bakat lagi cukup lengkap dari atas ke bawah. Melihat Joe Branko adalah benar-benar melihat seorang figura guitarist rock yang tinggi nilainya. Mungkin kalau beliau berada diluar negara, nasibnya bakal dijulang lebih tinggi?

Muss pula seorang penyanyi bersuara lantang, juga mempunya Wow Faktor seperti Joe Branko yang sama-sama dilihat sangat bernilai di dalam negara Malaysia ini. Mereka berdua ialah tulang belakang kepada kejayaan konsert ini kerana jika manusia berdua ini bergabung, maka terbentuklah apa yang kita lihat pada konsert ini.

Menggabungkan Mael XPDC, Asheed Defgabc dan Mel X-Wings juga menarik penonton kerena kesemua mereka mempunyai fans yang tersendiri, terutama Mael XPDC yang peminatnya kebanyakannya adalah ‘die-hard fans’ yang tidak berbelah bagi. Walaupun hanya menyanyi beberapa potong lirik dari lagu Nasib Kita berduet bersama Mus, namun itu sudah dikira perkara besar bagi mereka. Begitu juga kemunculan Asheed dengan Singa Dan Harimau mengundang sorakan penonton.

Manakala Mel Ex-Wings juga turut mengundang sorakan dan ramai yang tersentuh dengan penghayatan Mel ketika menyanyikan lagu Semalam Yang Hangat yang sangat sinonim dengan karaoke dan pentas-pentas kenduri kahwin.

Selain itu, juga menjadi antara faktor terpenting ialah arrangement muzik oleh Joe Branko yang memahami kehendak penonton, ini terbukti bila Joe Branko mengakui bahawa beliau banyak menerima masukan daripada pemuzik-pemuzik muda dari kalangan sessionist mereka terutama daripada Ainol, Rozaimi dan Adi maka terhasillah adunan muzik berat yang bermelodik sekaligus membuatkan muzik mereka diterima ramai dan bertenaga.

Dikategorikan sebagai Heavy Rock, rata-rata penonton sangat enjoy malam itu apabila kebanyakan lagu dinyanyikan bersama-sama bukan sahaja lagu-lagu slow, malah lagu rock dan speed rock juga turut dinyanyikan tanpa henti oleh penonton yang begitu dilihat dahagakan persembahan dari dua bintang kesayangan mereka iaitu Joe Branko dan Muss.

Video Petikan Konsert Barbarik – Pentas Keras (Bhg 1)
Video Petikan Konsert Barbarik – Pentas Keras (Bhg 2)

Antara syarikat yang terlibat bagi menjayakan konsert ini ialah Anggerik Event Sdn Bhd sebagai penganjur dan Mewah Event yang terlibat sebagai agent promosi konsert selain konsert ini juga didokong oleh Kementerian Komunikasi Dan Digital Malaysia.

Jadi dari keseluruhan konsert ini penulis tanpa ragu lagi memberikan satu benchmark yang agak tinggi bagi konsert ini sebagai konsert rock klimaks untuk tahun 2022 dan menjadi konsert yang akan diingati sepanjang masa. – eWana News

Show Buttons
Hide Buttons