Bakat Baru dari Nanorecords

Spread the love

16 March lepas, Nanorecords Malaysia dengan kerjasama eWana All Stars Academy telah mengishtiharkan tentang bakat-bakat baru dari syarikat mereka. Bakat yang ditampilkan kali ini merupakan sebuah Band dan seorang BBNU dari Sabah.

Theater Band yang sudah pun mengeluarkan Single Pertama mereka berjudul ‘Maznah Trompet’ berkonsepkan petikan dari filem-filem P. Ramlee.

Untuk Single Pertama, mereka memilih babak dari filem Seniman Bujang Lapok apabila seorang pemuda meniup trompet di malam hari saat mereka cuba menghafal skrip. Akhirnya mereka mengikat pemuda itu dan berjanji untuk membukanya besok pagi.

Anda boleh menonton Video Liriknya di bawah:

Video Lirik Official Maznah Trompet – Theater Band

Sementara bakat baru BBNU ialah EMJAY, seorang remaja lelaki yang menggemari lagu-lagu Balada, Pop dan mencontohi Alif Satar sebagai idola.

Sebagai permulaan untuk mengasah bakat yang dikeluarkan oleh eWana All Stars Academy ini, EMJAY diberi tugas untuk membuat sekurang-kurangnya 3 cover song dan dalam masa yang sama beliau mesti menajamkan pengetahuan demi persiapan untuk menjadi penghibur yang baik.

EMJAY yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu Sabah ini dicongkel dari pengambilan pelajar baru dalam eWana All Stars Academy yang beroperasi di Ampang, Kuala Lumpur.

Ketika ini lagu beliau sedang di buat khusus oleh komposer Wanano dan sementara itu video-video cover dari beliau akan ditayangkan satu persatu

Show Buttons
Hide Buttons