AWAL MUZIK LANCAR 2 ARTIS DI MEDAN BUSKING
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2023 – Pastinya pengguna media sosial mengenali Heedan Mohd sebagai seorang “influencer” dan penyanyi baharu. Kali ini Heedan Mohd muncul dengan lagu single kedua bertajuk AMARAHMU selepas single pertama beliau iaitu Yang Terakhir mendapat sambutan dan meraih 482 000 tontonan di Youtube. Nama sebenar beliau adalah Nik Shahidan Bin Nik Mohamad yang kini menjangkau usia 22 tahun. Beliau berasal dari Kelantan ini pernah muncul dalam rancangan realiti TV “I Can See Your Voice” dan memenangi siri episod tersebut bersama Aliff Satar. Lagu Amarahmu sudah mula dimainkan di dalam drama bersiri (TV3)”Bawah Blok” terkini yang sudah ditayangkan. Berdasarkan bakat yang dianugerahi Tuhan, beliau juga berkebolehan dalam bermain alat muzik, bidang nyanyian dan muncul dengan lagu baru ciptaan beliau sendiri bersama Knight Cydeen yg bertajuk “AMARAHMU”.

Lagu balada ini merupakan percubaan keduanya untuk bertapak dalam industri muzik tanah air. Diharap dengan kemunculan lagu ini mampu memukau dan disukai oleh semua. Dengan sambutan 20 Ribu tontonan sehari selepas di lancarkan di Youtube, kami yakin lagu ini mendapat sambutan dalam kalangan semua lapisan masyarakat di Malaysia dan Indonesia. Menurut Heedan Mohd (Artis Awal Muzik), ini merupakan single kedua saya yang sudah lama disimpan dan untuk disiapkan dan saya mengharapkan lagu Amarahmu dapat diterima oleh pendengar muzik tanah air Malaysia”
Menurut Heedan Mohd (Artis Awal Muzik), “Saya rasa lagu amarahmu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan bait bait lirik dengan susunan melodi yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat”. Tambahan beliau lagi, “Lagu Amarahmu adalah lagu yang telah lama disiapkan pada tahun 2020 ketika negara melalui fasa pandemik PKP dan tercetusnya ilham untuk menghasilkan sebuah lagu bertajuk Amarahmu dibantu oleh sahabat baik saya Knight Cydeen”.
Heedan ditemui ketika membuat pelancaran lagunya di tapak busking di Bukit Bintang baru-baru ini bersama rakannya Zulhadi.

Zulhadi merupakan bakat yang telah diserap masuk melalui audition di tiktok yang berlangsung pada FEBRUARI 2022 oleh AWAL MUZIK ENTERTAINMENT. Lagu “single” Bidadariku di release pada 16/09/2022 di Youtube Awal Muzik dan mendapat sambutan baik dari semua masyarakat terutamanya yang berada di Brunei & Indonesia.

Keunikan suara Zulhadi yang menyerlah yang seakan akan penyanyi Charly Indonesia dan STI2 melonjakkan lagi nama beliau kerana keunikan suara yang diketengahkan. Nama beliau melonjak naik juga setelah banyak media tempatan mengeluarkan artikel tentang beliau setelah video beliau di tiktok viral. Selain itu Zulhadi merupakan seorang “busker” di pantai Port Dickson sejak tahun 2019 lagi.
Selain menyanyi, beliau juga boleh bermain gitar, piano dan menari. Beliau merupakan seorang yang berbakat sering membuat ‘cover’ pendek lagu-lagu yang sedang popular di corong radio tempatan dan memuat naik di akaun Instagram dan tiktok milik beliau.
Susunan lirik lagu ini lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat. Lagu ini juga turut dibantu dicipta bersama oleh Knight Cydeen Chegu Syafiq dan Ilham Fitri. – eWana News