ANUAR ZAIN JADIKAN KONSERT RAI PEMINAT
ZIANA ZAIN LEPAS GERAM DAPAT KONSERT MEGA DUA BERADIK BERSAMA

KUALA LUMPUR 6 Ogos 2022 – Lebih satu dekat tiada Konsert Mega, kedua-dia adik beradik ini berjaya ber’konsert’ lagi dengan ‘ANUAR ZIANA ZAIN – LIVE IN KUALA LUMPUR’ baru-baru ini. Istimewanya kali ini mereka berdua dapat berganding dalam satu Konsert Khas dua beradik ini dan ditonton oleh kedua ibu bapa dan anak-anak mereka.
Dengan kehadiran penonton yang ramai memenuhi ruang Planary Hall KLCC yang padat, kira-kira 3000 penonton dari penyokong kedua-dua beradik ini sering menjerit histeria setiap kali aksi mereka merapati penonton.
Hebatnya sosok yang bernama Anuar Zain ialah kerana kepribadian beliau yang suka melayan peminat membuatkan Konsert ini seperti sesi meraikan peminat apabila nyanyian mereka diselang-selikan dengan aktiviti merapati peminat di bawah panggung. Beliau dikerumuni, berlumba-lumba berswa-foto, malah ada yang berlari dari celah kerumunan orang dan menangis teresak-esak mahukan perhatian Anuar.

Pujian harus diberikan pada Anuar yang kelihatan sabar melayani peminat tegar yang mahukan dia dinyanyikan sempena hari jadinya. Keterujaan itu kemudianya mendapat jeritan hampir separuh dewan apabila peminat itu dapat berpelukan dengan Anuar Zain.
Berlainan pula dengan Ziana Zain yang tidak dapat turun dari pentas menyantuni peminat secara dekat apabila mengeluh beberapa kali tentang bajunya yang berat. Baju yang diciptakan khas oleh Amaze dan Rizman Ruzaini itu dipenuhi dengan labuci dari atas sampai ke bawah memang kelihatan eligan tetapi sangat berat untuk bergerak bebas turun ke bawah pentas. Itu membuatkan pergerakan Ziana Zain agak terbatas.

Manakala Anuar Zain dengan baju ciptaan Amaze dan Hatta Dolmat pula yang kelihatan segak dan eligan sesuai dipakai oleh seorang penghibur seperti Anuar Zain, kelihatan lebih ‘simple’ dan tidak membebankan si pemakainya. Ini membuatkan Anuar Zain bebas bergerak hampir ke seluruh ruang penonton dari depan sehingga ke belakang, dari kiri sehingga ke kanan dewan.
Kedua-dua beradik ini sebenarnya sangat beruntung kerana mempunyai peminat tegar seperti ini, ia dapat dilihat apabila jualan tiket konsert habis dalam masa 3 hari sahaja. Maka tidak hairanlah Anuar kelihatan sangat terhutang budi kepada peminatnya dan sanggup menghabiskan banyak masa melayani kerenah walaupun ada yang menjerit ‘Sudahlah tu Anuar.. Nyanyilah pula!’, mungkin kerana yang mendapat layanan dari Anuar itu bukan mereka! haha…
Konsert yang berlangsung kira-kira 2 jam itu menampilkan banyak lagu-lagu hit nyanyian Anuar dan Ziana antaranya Duet Sangkar Cinta/Bila Resah Medley (Ziana) Puncak Kasih (Ziana Terlerai Kasih (Anuar) Ketulusan Hati (Anuar) Mungkin Duet Sesuci Cinta Mu (Ziana) Menadah Gerimis (Ziana) Anggapan Mu (Ziana) Sedetik Lebih (Anuar) Lelaki Ini (Anuar) Keabadian Cinta Az Lara (Ziana) Madah Berhelah (Anuar) Cinta Takkan Berakhir, Duet Lembah Asmara dan Encore: Duet Di Akhir Garisan
Bercerita mengenai penjagaan vokal pula Ziana Zain yang sudah pun menjangkau umur 54 tahun itu berkata, beliau telah banyak bersenam dan berjogging untuk memastikan pernafasan serta staminanya terjaga, malah beliau sebelum ini pernah naik berat badan di waktu PKP, namun berjaya menurunkannya demi konsert dan tekadnya yang tinggi untuk memberi kepuasan yang maksimum kepada pembayar tiket.
Berlainan pula dengan Anuar Zain yang berterus terang beliau banyak ‘bersenam’ di atas katil sahaja dengan tidur dan merehatkan minda. Persediaan mental amat penting baginya kerana semuanya datang daripada mental yang sihat. Maka tidur itu adalah terapi yang paling digemari Anuar sepanjang persediaan konsert ini.
Antara VIP dan Artis yang hadir memberi sokongan pada malam itu ialah Rozita Che Wan, Shuib Sepahtu, Misha Omar, Noryn Aziz, Fara Fauzana, Shila Amzah, Scha AL Yahya, Awal Ashari dan Dafi.
Konsert yang diterajui oleh Lee Sze Wan sebagai Pengarah Muzik itu berlangsung dengan jayanya dari awal sehingga akhir dalam keadaan sangat lancar dan berkesan. Konsert ini turut di jayakan oleh Jennifer Thompson yang bertindak sebagai Pengarah Konsert bersama tenaga sokongan pemuzik-pemuzik professional lainnya. – eWana News
– Untuk lebih banyak berita sila layari https://news.ewana.asia
– Video bakal menyusul kemudian