AL-IKHSAN JEMPUT AFDLIN LANCAR JERSI LIVERPOOL
Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, 19 May 2022 – Al-Ikhsan menjemput pengarah tersohor dan juga pelakon dan pelawak Afdlin Shauki ke Pelancaran Liverpool FC Home Kit 2022/2023, dengan memunculkan baju Liverpool FC musim baru dan sudah pun mula dijual pada harini di Al-Ikhsan Sports.

Baju Liverpool tahun ni memang mantap dan kemas dengan kualiti kain dan design yang bakal memuaskan hati si pembeli, ianya sangat sesuai dipakai sempena beberapa hari sahaja lagi untuk ke Final Champions League.
Bayangkan anda memakai baju ini sambil lepak kedai mamak menyertai rakan-rakan menikmati perlawanan mendebarkan nanti, pasti semangatnya lebih terasa!

Majlis ini juga menyaksikan beberapa MoU sempat ditandatangani oleh Al-Ikhsan bersama kelab-kelab antaranya ialah KL Kopities, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds.




Dapatkan jersi terbaru di outlet hari ini
*sementara stok masih ada
*tertakluk terma dan syarat
*pilihan dan kuantiti terhad
– eWana News
Untuk berita seterusnya sila layari https://news.ewana.asia