Air mata Permasuri Agong menitis

Spread the love

Pengislaman Kundang (Pembantu Istana) Raja Permaisuri Agong

Di hari Jumaat yang penuh barakah dan kemuliaan, suatu peristiwa penuh bersejarah telah berlaku di Surau Utama Istana Negara apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyaksikan dan mengendalikan pengislaman Kundang (pembantu istana) baginda, Cik Christine.

Peristiwa penuh bersejarah itu disaksikan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan para pegawai Istana Negara.

Sejurus selepas Cik Christine mengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Seri Paduka Baginda Tuanku, Tunku Hajah Azizah dilihat menitiskan air mata, terharu. Nama baharu Cik Christine adalah Nur Shakira.

Semoga Cik Nur Shakira terus istiqamah mendalami agama Islam dan berusaha menjadi muslimah yang kukuh akidah dan teguh peribadi.

Daulat Tuanku. AllahuAkhbar.

houseofpahang #pahang #permaisurikita #TPRTPJ #pengislaman #istananegara

Show Buttons
Hide Buttons