Derry bersemangat dan ceria bersama rakan hijrah di Kuala Lumpur

Spread the love

Derry Sulaiman dulunya salah seorang anggota band Metal bernama Betrayer kini berubah 100% apabila beliau tekad berhijrah beberapa tahun dulu. Beliau yang ditemui di Majlis meraikan anak seni di Kuala Lumpur sempat berpesan kepada semua bahawa kita seharusnya selalu mengingati mati, kerana orang kaya akan mati, orang miskin akan mati, raja-raja mati rakyat biasa juga mati.

Derry Sulaiman (Paling Kanan) ketika bersama band lamanya

Beliau yang popular dengan lagu ingat Mati itu dilihat bersama-sama ayahnda dR Sam, penyanyi kumpulan Medicine Ijam, Penyanyi XPDC Ali, Asyiq Bhai dan Zul Yahya.

eWanaTV berkesempatan hadir di Majlis meraikan Anak Seni bersama Derry Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi. Beliau sempat memberi tazkirah pendek mengajak seluruh anak seni mendekati Allah tanpa meninggalkan bidang seni dan hiburan. Beliau yang kelihatan ceria dan bersemangat sempat memberi peringatan buat kita melalui video ini. Jom kita tonton! #DerrySulaiman #eWanaTV #Tazkirah

Ikuti video pesanan beliau:

Show Buttons
Hide Buttons