“25 YEARS LAH AHMAD LIVE IN CONCERT”
25 Years Lah Ahmad Live In Concert – adalah sebuah konsert sulung beliau setelah 25 tahun menceburi dalam bidang industri seni muzik tanah air. Abdullah bin Ahmad atau dikenali sebagai Lah Ahmad penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri seni muzik tanah air bakal menjayakan konsert ini selepas showcase pertama beliau pada tahun 2018 mendapat sambutan yang hangat.

Konsert ini akan menampilkan hampir 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier beliau. Baik lagu lama dan juga lagu baru dari album album beliau. Selain daripada itu, konsert pertama ini akan menampilkan dan meraikan album ke – 4 beliau yang bertajuk ‘Jatuh’. Konsert ini pasti akan membawa peminatnya menikmati impian beliau yang ingin menjayakan konsert julung kalinya, perjalanan kerjayanya dan menjiwai seni suara dan lagunya.
Bakal menggegarkan 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E pada 28 Januari 2023. Jualan tiket akan di jual secara online onetix.com.my dan jualan ticket akan bermula pada hari ini 2 November 2022. Harga jualan tiket bermula dari :
Sempuarna & Terbaik – RM330 (Meet & Greet + Jatuh Album) Ayu – RM190 Adinda– RM120
Konsert yang diidamkan oleh Lah Ahmad ini juga 25 Years Lah Ahmad Live In Concert di PJPac nanti. Selain daripada itu, Syawal Hussin selaku muzik director bersama ahli muzik seperti Don (gitar), Khazri (gitar ), Wan (drum), Amai (Bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (Programmer). Mereka ini bakal mewarnai sepanjang malam 25 Years Lah Ahmad Live In Concert.
Mempunyai kelebihan dari segi vokal dan bakat mencipta lagu, kini beliau tampil menghasilkan album terbaru bertajuk ‘Jatuh’ yang bakal dijual pada hari konsert tersebut secara fizikal. ‘Jatuh’ juga merupakan salah satu judul lagu daripada album terbaru beliau. Kerana itu, Judul ‘Jatuh’ ini serta merta diangkat dan dijadikan sebagai judul album ke 4 beliau. Salah satu kelebihan album ‘Jatuh’ ini adalah, hampir 95% lagu lagu yang diciptakan sepenuhnya oleh hasil karya Lah Ahmad tersendiri. Menggunakan bakat dan kelebihan beliau, lagu ‘Jatuh’ juga dicipta sepenuhnya oleh Lah Ahmad sendiri. Single ‘Jatuh’ yang memberi maksud jatuh cinta pada sesorang yang telah lama dinantikan dan jatuh cinta pada seseorang itu sehingga ke akhir hayat.
Single ‘Jatuh’ bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan Disember 2022 nanti. Selain daripada itu, single ke 2 dari album ‘Jatuh’ yang bertajuk Ulangtahun dicipta sepenuhnya oleh Asfan Shah yang juga bakal dilancarkan pada bulan Januari 2023. Ulangtahun merupakan lagu untuk pasangan yang bahagia dan sedang menyambut hari ulangtahun percintaan mereka.
Konsep album ‘Jatuh’ akan menampilkan beberapa buah lagu baru dan yang lama tetapi akan memberi nafas baru pada lagu lagu tersebut. Semestinya, album ini akan mengekalkan penyanyi bersuara lunak Lah Ahmad ini sebagai penyanyi Pop Rnb. Album ini boleh didapatkan di Shopee Salam Official pada bulan Febuari 2023 nanti dengan berharga RM50.00 sahaja.